Header Ads

test

BANGUNAN TAMBAHAN HOSPITAL BALING MULA OPERASI 10 JUN 2024






Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar Mansor Zakaria hadir ke Majlis Penyerahan Bangunan Tambahan Hospital Baling dan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Kepala Batas, Kedah.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad di Perkarangan Lobi Hospital Baling.

Bangunan Tambahan Hospital Baling ini telah disiapkan pada 26 Februari 2024 dengan bertujuan untuk menaik taraf Hospital Baling kepada Hospital Pakar Minor yang melibatkan sembilan bidang kepakaran antaranya ialah Perubatan Am, Pembedahan Am dan Pediatrik, Obstetrik & Ginekologi.  

Bangunan baharu ini akan mula beroperasi pada 10 Jun 2024 seterusnya meningkatkan kapasiti bilangan katil Hospital Baling kepada 210 katil, empat dewan bedah, lapan katil ICU, tiga katil NICU dan dua katil (PHDW).

Turut diadakan penyerahan Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Kepala Batas, Kedah yang siap dibina sepenuhnya pada 29 Februari 2024 iaitu dua bulan lebih awal daripada jadual. 

Klinik ini akan mula beroperasi pada 26 Mei 2024 bagi menggantikan Klinik Kesihatan Kepala Batas sedia ada yang tidak lagi dapat menampung keperluan perkhidmatan kesihatan pada masa ini.               

Klinik baharu ini menawarkan 27 skop perkhidmatan yang merangkumi pelbagai aspek kesihatan termasuk perkhidmatan pesakit luar dan rawatan penyakit kronik serta beberapa perkhidmatan baru antaranya ialah klinik-klinik maya dan perkhidmatan rehabilitasi.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan