Header Ads

test





Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek bagi membincangkan hal-hal berkaitan pendidikan di Negeri Kedah di The Putra Regency Kangar, Perlis.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Kedah, YB Ustaz Salim Mahmood Al Hafiz;  Setiausaha Lembaga Maktab Mahmud, Mohd Shazarulazwan Sarip; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHEAIK, Syeikh Hasbullah Md Mukhtar; Ketua Pengurusan Akademik Lembaga Maktab Mahmud, Ustaz Mohd Asri Saad dan Pegawai-pegawai Lembaga Maktab Mahmud serta Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Kedah.

Diharapkan pertemuan ini dapat menambah baik dan melancarkan gerak kerja urus tadbir pendidikan Negeri Kedah.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan