Header Ads

test

GURU INSAN MENCORAKKAN GENERASI




SUNGAI PETANI - Guru merupakan insan yang bertanggungjawab mencorakkan generasi pada hari ini mengikut acuan dan aspirasi yang telah digariskan oleh pihak kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen berkata dalam perjuangan mendidik anak bangsa, guru sentiasa berada di barisan paling hadapan.

Menurutnya, kemenjadian murid akan dapat direalisasikan jika segala tindakan guru haruslah bersandarkan kepada matlamat dan halu tuju yang telah ditentukan.  

"Kemenjadian murid pada hari ini sudah pasti bertunjangkan bimbingan guru yang mendidik dengan penuh keikhlasan dan kesabaran. 

"Semoga para guru sekalian dirahmati dan terus menerus akan menaburkan bakti kepada anak bangsa negara kita," ujarnya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Sambutan Hari Guru Tahun 2024 anjuran Kelab Pesara Guru-Guru Sekolah Tamil Negeri Kedah bertempat di Sungai Petani Club, Jalan Jubli Perak, di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, terlalu besar pengorbanan dan tugas seorang guru, jika dilaksanakan dengan penuh keikhlasan sudah pasti ganjaran yang besar akan menanti di alam yang kekal abadi.

Beliau turut mengucapkan selamat hari guru kepada seluruh jawatankuasa Kelab Pesara Guru-Guru Sekolah Tamil Negeri Kedah yang merealisasikan Majlis Sambutan Hari Guru pada pagi ini, serta seluruh warga pendidik yang melaksanakan tugas dan komitmen dengan cemerlang dalam mendidik anak bangsa demi kemajuan masa hadapan negara tercinta.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan