Header Ads

test

IHTIFAL HUFFAZ CUNGKIL BAKAT BAHARU ARENA SUKAN


IHTIFAL HUFFAZ CUNGKIL BAKAT BAHARU ARENA SUKAN LANGKAWI - Ihtifal Huffaz Kebangsaan adalah untuk memartabatkan sukan dari kalangan huffaz dan dapat mencungkil bakat-bakat baharu dari kalangan huffaz dalam arena sukan. Menurut Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat, Ihtifal Huffaz itu dapat dijadikan sebagai batu loncatan kepada para atlet untuk mewakili intitusi dalam kejohanan-kejohanan berprestij yang lebih tinggi. "Ihtifal sebelum-sebelum ini diadakan di Darul Al-Quran, tapi kali kesembilan ini diadakan di luar Darul Quran dan memilih Langkawi. "Tahniah dan jutaan terima kasih kepada Yayasan Islam Negeri Kedah dan IQDAR yang menjadi tuan rumah untuk Ihtifal kali ini," katanya dalam Majlis Perasmian Penutupan Ihtifal Huffaz Kebangsaan 2024 di Kompleks Sukan Lada Lembaga Pembanggunan Langkawi. Jelasnya, difahamkan sebanyak sembilan acara sukan dipertandingkanpada kejohanan ini dengan penyertaan 10 buah institusi tahfiz. Tambah beliau, menerusi penganjuran kejohanan-kejohanan itu sekaligus membuktikan Intitusi Tahfiz juga sebuah intitusi yang turut menekankan aspek sukan di kalangan pelajar dalam usaha mewujudkan aktiviti sihat dan kurikulum yang mantap. "Dengan bersukan ini para huffaz juga tidak terlalu terdedah dengan tekanan belajar semata-mata malah dapat meredakan tekanan dan menyihatkan badan, " ujar beliau lagi. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/22/2024, 10:00:32 AM 

Tiada ulasan