Header Ads

test






 Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar Mansor Zakaria merasmikan Seminar Penggubalan Undang-Undang dan Pembangunan Wanita Luar Bandar bertempat di The Jerai Hotel, Sungai Petani.

Program ini dianjurkan oleh  Pertubuhan Interaksi Santai Nurani (INSAN) yang bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada ahli majlis mengenai penggubalan polisi, meningkatkan kemahiran dalam mentafsir, mentadbir dan melaksanakan undang-undang dan membentuk sikap profesionalisme dikalangan Ahli Majlis.

Beliau turut menekankan bahawa kerajaan tempatan memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan komuniti wanita luar bandar. 

Katanya  kerajaan tempatan adalah institusi yang paling dekat dengan masyarakat dan mempunyai kapasiti untuk memahami dan memenuhi keperluan tempatan dengan lebih baik.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan