Header Ads

test

KDIBW 2024 BERPOTENSI MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN ALOR SETAR - Kedah International Bike Week 2024 (KDIBW 2024) berpotensi besar...


KDIBW 2024 BERPOTENSI MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN ALOR SETAR - Kedah International Bike Week 2024 (KDIBW 2024) berpotensi besar untuk membantu memacu industri pelancongan di negeri Kedah ke hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin berkata, KDIBW 2024 bukanlah semata-mata tentang deruman enjin tetapi juga tentang pembinaan peribadi dan pengukuhan jati diri. "Bagi pihak Kerajaan Negeri saya menjanjikan kepada penunggang dan peminat dunia permotoran peluang untuk merasai kemesraan dan keramahan rakyat Kedah, mengenali kekayaan sejarah kami, meneroka keindahan semula jadi kami dan jika bernasib berpeluang menemui sendiri pelbagai khazanah yang masih banyak tersembunyi,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran dan Sidang Media Kedah Internatonal Bike Week 2024 bertempat di Raia Hotel and Convention Center, di sini hari ini. Tambahnya lagi, KDIBW 2024 dengan statusnya sebagai program bertaraf antarabangsa tentunya akan dapat membantu merangsang pertumbuhan ekonomi setempat. Jelasnya lagi, kerajaan negeri sentiasa cakna terhadap sebarang usaha yang boleh menyokong dan membantu merancakkan sektor pelancongan di Kedah ini menjelang Tahun Melawat Kedah 2025. Kerajaan negeri mengalu-alukan inisiatif penganjuran KDIBW 2024 ini, satu program yang saya yakin berpotensi besar untuk membantu memacu industri pelancongan di Kedah ini ke hadapan. Program yang akan menjadi satu lagi pemikat utama ke arah menarik tumpuan khalayak ke negeri yang meraikan semangat persaudaraan dan kasih sayang ini. Kerajaan Negeri juga mengambil maklum bahawa komuniti penunggang motosikal khususnya, dan peminat permotoran umumnya, adalah kumpulan bukan yang sahaja terkenal kerana kecintaan mereka kepada aktiviti riadah dan pengembaraan, tetapi juga kerana semangat persahabatan dan persaudaraan mereka yang kental serta mendalam. "Saya yakin semua yang terlibat dengan KDIBW 2024 mampu menjadikan program itu lebih daripada sekadar meningkatkan adrenalin tetapi juga berfungsi sebagai platform untuk mengukuhkan ukhwah, membina semangat kerjasama, berkongsi dan bertukar pandangan, seterusnya memelihara dan menyuburkan khazanah warisan. "Saya juga berharap program ini berupaya menjadi Kedah sebagai destinasi utama tumpuan penunggang motosikal dan peminat permotoran, bukan sahaja dari seluruh Malaysia tetapi juga dari rantau ini," kata beliau. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/5/2024, 11:22:18 PM 

Tiada ulasan