Header Ads

test




 ADUN Lunas, YB Khairul Anuar Ramli hadir menziarahi Mariani di Kampung Pondok Labu untuk melihat keadaan terkini anak beliau, Nur Amanina Alyaa dan Muhammad Alif Firdaus.

Kedua-dua anaknya menghidap penyakit Luekimia dan perlu menjalani rawatan setiap bulan di hospital.

Beliau sempat bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mereka.

Setelah itu, beliau turut menyantuni pesakit buah pinggang, Badrina Mohd Sofi yang memerlukan rawatan dialisis tiga kali seminggu. 

Suaminya juga tidak dapat bekerja kerana perlu menguruskan Badrina seharian. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan kepada mereka. 

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan