Header Ads

test

MKNK ANJURKAN FESTIVAL KEBAJIKAN, TAMBAH AHLI PSK BAHARU



ALOR SETAR - Majlis Kebajikan Negeri Kedah (MKNK) selaku payung bagi 36 Pertubuhan-pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) akan menganjurkan satu karnival kebajikan yang menggalakkan ahli masyarakat terlibat dalam aktiviti kesukarelawan akan menggabungkan elemen PSK, badan korporat dan masyarakat umum. 

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato’ Hajjah Halimaton Shaadiah Saad, PSK akan menggunakan platform karnival ini dalam usaha memperkenalkan dan mempromosi aktiviti masing-masing bagi mendapatkan ahli baru. 

“Saya menggesa semua PSK gabungan di bawah MKNK akan mengambil perhatian serius penganjuran Karnival Kebajikan ini dalam usaha merekrut ahli baru bagi PSK masing-masing. 

“MKNK akan menetapkan tempat dan menjalankan usaha promosi menarik kehadiran masyarakat umum untuk hadir dalam program berkenaan,” ujarnya sempena Mesyuarat Agung Ke-19 Majlis Kebajikan Negeri Kedah Tahun 2024 bertempat di Dewan Sri Mentaloon, hari ini.

Jelasnya lagi, pada Mesyuarat Agung ke 17 di tahun 2022, dua perkara penting telah digariskan dalam memastikan kelansungan PSK iaitu mencari dana dan merekrut ahli baru. 

Tambah beliau, kerajaan negeri Kedah memberikan geran RM5,000 setahun untuk membantu 36 PSK yang bernaung di bawah MKNK menjalankan aktiviti dan menampung kos pentadbiran PSK masing-masing.

Katanya, MKNK telah melaksanakan satu usaha bimbingan penjanaan kewangan PSK melalui bengkel membina proposal. 

Justeru, tambahnya usaha mewujudkan pelapis perlu dipandang serius kerana pelapis ini bukan saja akan mengekalkan PSK, malah bertanggungjawab memajukan PSK agar kekal relevan dalam masyarakat dan menjadikan ia satu yang menarik untuk dianggotai.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan