Header Ads

test


Nasib Puan Habibah dapat perhatian ADUN Kupang  


BALING - Keresahan seorang isteri dari Kampung Charok Rambai yang memerlukan duit belanja bagi menjaga suami yang terlantar sakit akhirnya terubat.

Nasib Habibah Hj Yahaya mendapat perhatian ADUN Kupang, YB Brigedier Jeneral (Bersara) YB Dato' Najmi Ahmad, baru-baru ini.

Suaminya, Kamarudin Awang Kechik berusia 62 tahun mengalami penyakit buah pingang, jantung dan darah tinggi yang kritikal.

Kamarudin sedang menerima rawatan di ICU di Hospital Baling sejak 29 hari lalu.

Habibah membantu pendapatan suami yang hanya bekerja kampung dengan menjual kuih sejuk beku.

Pasangan suami isteri itu juga masih menanggung seorang anak masih belajar di UITM Puncak Alam.

Terdahulu, bantuan tunai disampaikan Pegawai Khas ADUN Kupang, Mohd Sabri Abu Bakar yang mewakili YB Dato' Najmi di Pusat Khidmat Dun Kupang.

Sumber – Facebook YB Ustaz Najmi

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan