Header Ads

test

 Kerja-kerja pembaikan tebing dan titi simen baharu di Kampung Alor Ganu sedang dijalankan.


Pembaikan ini dibuat setelah ADUN Anak Bukit, YB Rashidi Razak memohon di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada November lalu.


Katanya, permohonan ini dibuat setelah melihat titi-titi di DUN Anak Bukit banyak yang rosak dan sempit.


Hal ini membahayakan penduduk yang menjadikan titi itu sebagai jalan utama setiap hari.  






Maklumnya lagi, terdapat dua titi di Kampung Ganu yang diluluskan oleh pihak berwajib untuk pelebaran dan dibina baharu.

Selain itu, tebing jalan utama juga dibuat pembaharuan di pasak dengan konkrit untuk lebih kukuh kerana sering mendap dan runtuh akibat takungan air banjir.

Alhamdulillah, diharapkan dengan hasil pembangunan ini dapat melancarkan urusan penduduk setempat dalam urusan seharian.

Hadir sama, Pegawai Khas, Ramli Shafie dan Pengerusi Majlis Ketua Kampung, Syamil Azizi.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan