Header Ads

test

 Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkesempatan merasmikan Mesyuarat Agung Dwitahunan Kali Kedua/2024 Persatuan Maahad Tahfiz Negeri Kedah Darul Aman (PETANDA) yang dipengerusikan oleh Ustaz Haji Yahya Saad yang juga Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Quran Derga.






Beliau turut mengucapkan tahniah buat Mudirah Maahad Tahfiz Darul Islah lilbanat, Guar Chempedak, Ustazah Siti Hajar Abd Rashid dan seluruh warga pendidik yang telah berjaya memenangi Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Kedah baru-baru ini dan akan mewakili Kedah ke Peringkat Kebangsaan.

Turut hadir Ahli Parlimen Jerai, Yb Ustaz Sabri Azit, wakil Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Ustaz Firdaus Idris dan Ustaz Sayuti.

Dengan kehadiran Para Perwakilan yang terdiri daripada Mudir dan Mudirah, diharapkan agar dapat bersama-sama membantu semampunya bagi memastikan agenda Melahirkan Hafiz Hafizah dan Generasi Qurra ini tercapai di negeri Kedah.

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan