Header Ads

test

PENDIDIKAN KEAGAMAAN MAMPU TANGANI DADAH




SUNGAI PETANI - Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) negeri Kedah akan menumpukan kepada pendidikan keagamaan dan sosial mukmin dalam membasmi penagihan dadah.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali, beliau memandang serius tentang perkara itu dan memberi fokus ke arah menyampaikan maklumat pendidikan pencegahan  seperti mana yang digariskan dalam perlembagaan PEMADAM.

“Membangunkan jati diri manusia adalah bermula daripada institusi keluarga. Hebatnya atau lemahnya ibu bapa itulah punca keruntuhan atau kejayaan sesebuah keluarga pada hari ini.Keruntuhan institusi ini akan mengheret kepada kegagalan dari segi pendidikan, ekonomi dan lebih menyedihkan rosaknya anak-anak ke kancah penagihan dadah.

“Pegangan agama yang lemah, kurangnya amalan di dalam kekuatan rohani menyebabkan semakin parah pengaruh dadah,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Apresiasi Pemadam Negeri Kedah bertempat di Park Avenue di sini, hari ini.


Jelasnya lagi, para pegawai agama akan membantu keluarga PEMADAM dengan memberikan ilmu yang berkaitan supaya gerak kerja dapat diselaraskan dan berkolabrasi juga dengan agensi lain.

Menurutnya yang juga Pengerusi PEMADAM negeri Kedah menyasarkan penubuhan unit-unit PEMADAM diperbanyakkan dan akan menjadikan rakyat negeri Kedah berumur 18 tahun ke atas sebagai ahli PEMADAM. 

“Latihan-latihan kepimpinan dan kemahiran yang tertentu akan diaturkan supaya tahap kefahaman di dalam mengendalikan program akan lebih menarik dan kita mesti tumpukan kepada kanak-kanak dan belia, pewaris yang bakal menjadi pemimpin dan pewaris negara.

“Kita sudah tidak banyak masa untuk memikir tetapi kita punya masa untuk bertindak melahirkan lebih ramai aktivis dan pemimpin PEMADAM yang berkualiti dan mempunyai kepakaran tertentu,” katanya lagi.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarul#UPDA

Tiada ulasan