Header Ads

test

PENDIDIKAN TAHFIZ BINA MAHASISWA KOMPREHENSIF DAN BERDAYA SAING


PENDIDIKAN TAHFIZ BINA MAHASISWA KOMPREHENSIF DAN BERDAYA SAING LANGKAWI - Penganjuran temasya Majlis Ihtifal Huffaz Kebangsaan 2024 menggambarkan betapa sektor pendidikan tahfiz mempunyai kepelbagaian terutama dalam membina keterampilan mahasiswa yang komprehensif dan berdaya saing melalui sukan. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din, majlis itu jelas menunjukkan kesungguhan dan komitmen cemerlang kepada barisan atlet yang akan bersaing dalam penyertaan sembilan acara sukan bermula dari 16 hingga 21 Mei 2024. "Syabas dan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) Yayasan Islam Negeri Kedah yang telah menggalas tanggungjawab dan amanah yang berat pada edisi kali ini. "Saya sangat berbesar hati dan gembira berpeluang bertemu dengan para atlet dan penggiat sukan dari kalangan Huffaz pada malam ini," ujarnya dalam Majlis Ihtifal Huffaz Kebangsaan 2024 bertempat di Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi Kedah (LADA), di sini. Jelas beliau,selain menumpukan kepada kecemerlangan akademik, sumbangan kepada masyarakat, sektor pendidikan tahfiz juga turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat dalam arena sukan. Katanya, pada penglibatan di peringkat Sukan SEA, atlet-atlet dari Institusi Pengajian Tinggi mempamerkan prestasi cemerlang dengan menyumbang pingat kepada negara. Tambahnya, beliau juga kagum atas beberapa transformasi dalam aspek penganjuran kejohanan pada kali ini. Antaranya, mengadakan konsep 'blue ocean strategy', iaitu mengadakan kerjasama penuh dengan Majlis Sukan Negeri Kedah dalam aspek teknikal, pengadilan dan perundangan sukan. "Saya percaya perubahan ini sudah pasti akan menyumbang kepada peningkatan prestasi atlet secara lebih sistematik. "Pengundian penentuan kumpulan juga dilaksanakan secara dalam talian, ini merupakan satu inovasi baru dalam pengundian penentuan kumpulan," kata beliau. Hal ini menurutnya sebagai bukti bahawa sukan institusi tahfiz juga setaraf dengan sukan di peringkat lain dengan harapan ia akan terus menyumbang kepada pembangunan dan kecemerlangan pembangunan sukan negara kita dengan lebih bermakna. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/19/2024, 9:07:08 AM 

Tiada ulasan