Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah DYMM Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman perkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Sempena Sambutan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah Ke-82 di Kuala Lumpur. Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah; Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Binti Mohamad Ariff, Tuanku Raja Puan Muda Kedah; Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah dan Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff, Tunku Puan Mahkota Kedah. Keberangkatan tiba KDYMM Sultan dan Sultanah disambut oleh Menteri Besar YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan Isteri, Tok Puan Hajjah Jusmalailani Jusoh. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah -UPDA 5/1/2024, 10:11:32 AM 

Tiada ulasan