Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Kedah di Bilik Mesyuarat Pejabat Kewangan Negeri Kedah. Mesyuarat ini melibatkan banyak pihak bagi melancarkan program Sambutan Hari Bumi yang akan diuruseliakan oleh Yayasan Strategik Lestari. Turut hadir bersama YB Dato' Haji Syed Khairol Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri dan YDP PBT-PBT Negeri Kedah. Sambutan Hari Bumi ini akan diadakan pada 2 Jun 2024 bermula jam 7.00 pagi di Pantai Rhu, Tanjung Dawai dan akan dirasmikan oleh Menteri Besar, YAB Dato' Seri Sanusi Md Noor. Antara agensi yang terlibat adalah Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kerja Raya, SADA, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Perhutanan serta seluruh PBT negeri Kedah. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/9/2024, 11:48:03 AM 

Tiada ulasan