Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


LAWATAN KERJA RASMI KE BRITISH LIBRARY 22 Mei 2024, British Library, London Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah serta delegasi mengadakan lawatan kerja rasmi ke British Library di London. British Library merupakan perpustakaan negara United Kingdom dan merupakan antara yang terbesar dalam dunia. Perpustakaan tersebut menyimpan koleksi manuskrip, buku serta dokumen yang dikumpulkan dari serata dunia termasuk bahan-bahan dari dunia Melayu. Dalam pertemuan tersebut dimaklumkan secara keseluruhannya koleksi bahan yang disimpan di di British Library adalah berjumlah lebih 200 juta koleksi. Keunikan British Library yang berstatus "legal deposit library" mewajibkan setiap penerbitan yang diterbitkan di dalam United Kingdom dan Northern Ireland perlu dihantar satu salinan atau naskhah untuk disimpan di perpustakaan tersebut. Dalam sesi lawatan kerja ke sana, YAB Menteri Besar dan delegasi disambut oleh Ketua Eksekutif British Library, Sir Roly Keating dan kemudiannya, diteruskan dengan pembentangan bahan-bahan sejarah alam melayu khususnya berkaitan Negeri Kedah oleh Dato' Dr. Annabel Teh Gallop yang merupakan pakar pengkaji dan kurator British Library. Telah dibentangkan manuskrip lama serta bahan-bahan seperti karya sastera, surat-surat dan dokumen-dokumen berkaitan sejarah Negeri Kedah. Kerajaan Negeri Kedah akan terus memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam usaha untuk melengkapkan serta meluruskan sejarah Negeri Kedah dan mengkayakan kekayaan ilmu sejarah peradaban tamadun Negeri Kedah. Ini adalah sebahagian daripada inisiatif The Greater Kedah dalam usaha membina tamadun Negeri Kedah berlandaskan identiti serta sejarah yang tepat. -UPDA 5/24/2024, 7:29:57 PM 

Tiada ulasan