Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin memperuntukkan sebanyak RM20 ribu untuk memperkemaskan Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan yang diangkat sebagai destinasi Agro Pelancongan serta Fiesta Mempelam Kedah dalam kalendar Tahun Melawat Kedah 2025. Katanya, beliau meletakkan harapan yang tinggi kepada Jabatan Pertanian Negeri Kedah untuk sama-sama membantu mempromosikan negeri Kedah melalui inisiatif yang bersesuaian dengan peranannya. "Syabas dan tahniah kepada Jabatan Pertanian Negeri Kedah atas inisiatif menganjurkan Fiesta Mempelam Kedah yang turut memberi impak yang besar kepada sektor pelancongan di negeri Kedah. "Tidak mustahil bakal setanding dengan International Festival Manggo di India jika kita fokus dan mempunyai perancangan yang rapi," ujarnya dalam Fiesta Mempelam Kedah Tahun 2024 bertempat di Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan, hari ini. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/2/2024, 9:02:56 PM 

Tiada ulasan