Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin berkesempatan menziarahi keluarga Mohd Azlan Ishak di Taman Kota Nelayan Kuala Kedah. Mohd Azlan adalah bapa kepada adik Mohd Aariz Zafran, 11 bulan yang mengalami masalah paru-paru dan memerlukan bantuan penggunaan oksigen 24 jam. Kisah mereka tular baru-baru ini di media sosial keadaan beliau bermotosikal bersama anak beliau yang sakit ke hospital dan menjadi perhatian seluruh negara dengan bantuan mencecah RM30,000. Ketika ini, Encik Azlan Ishak turut menyara ibu mertua beliau yang tinggal bersama serta diuji dengan keadaan kesihatan yang kurang baik (lumpuh) dengan pendapatan hanya RM50 sehari. ADUN Kubang Rotan memahami akan keperluan mereka sekeluarga, sumbangan disalurkan untuk membantu meringankan beban bagi menampung kos rawatan adik Aariz Zafran. Turut hadir bersama Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota Setar, Puan Natrah Zakaria dan Puan Rasilah Abd Hamid serta Tuan Imam Masjid Al-Maarufi Seberang Kota, Ustaz Hazamir Muslim. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/22/2024, 8:30:52 PM 

Tiada ulasan