Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


[SESI PERTEMUAN KERAJAAN NEGERI KEDAH BERSAMA DIASPORA MALAYSIA DI DUBLIN] 18 Mei 2024, DUBLIN YAB Menteri Besar diiringi YB Dr. Haim Hilman Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah serta beberapa pegawai kerajaan negeri yang lain telah mengadakan pertemuan bersama diaspora dari kalangan profesional Malaysia di Ireland. Dalam majlis tersebut YAB Menteri Besar telah menyampaikan ucaptama yang menekankan peri penting kelompok terpelajar dalam pembangunan negara dan negeri khususnya dalam konteks Negeri Kedah. YAB Menteri Besar turut berkongsi situasi semasa pembangunan ekonomi dan sosial Negeri Kedah. Dalam majlis tersebut juga, YB Dr. Haim Hilman Abdullah telah membentangkan Gagasan The Greater Kedah dan Pelan Pembangunan Kedah 2035 bagi memberi pendedahan kepada golongan diaspora profesional Malaysia serta bertukar pandangan. Peserta turut mengambil kesempatan untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung dasar-dasar pembangunan Negeri Kedah dalam sesi dialog yang diadakan dalam majlis tersebut. YAB Menteri Besar dan YB Dr. Haim Hilman Abdullah menerangkan dalam sesi dialog tersebut secara terperinci rasional satu-satu dasar yang digubal di peringkat Kerajaan Negeri. Peserta turut memberi buah pandangan berdasarkan pengalaman merantau di bumi Ireland perkara-perkara yang boleh diterapkan dalam pentadbiran dan pembangunan Negeri Kedah. Hasil dari penerangan yang diberikan, Kerajaan Negeri mengharapkan kerjasama dan sumbangan dapat dirintis antara diaspora profesional Malaysia di Ireland dan Kerajaan Negeri di masa hadapan. Terdapat beberapa dari kalangan diaspora yang menyatakan hasrat untuk pulang berbakti di Negeri Kedah dan menerokai peluang perniagaan antara Negeri Kedah dan Republic of Ireland. -UPDA 5/20/2024, 6:11:50 PM 

Tiada ulasan