Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Salleh Saidin hadir petang ini bagi melancarkan Kedah Darul Aman International Bike Week (KDIBW) 2024 di Hotel Raia, Alor Setar. KDIBW 2024 merupakan program bertaraf antarabangsa akan dapat membantu merangsang pertumbuhan ekonomi setempat di samping membuka peluang kepada pengusaha sedia ada, dan menjadi pintu kepada pertumbuhan pengusaha baharu. KDIBW 2024 ini dicadangkan akan diadakan pada 6 hingga 8 Disember nanti. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup dan Belia & Sukan, YB Haji Muhammad Radhi Haji Mat Din, ADUN Derga YB Amri Wahab dan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah, Zafir Annuar Ghazali. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/5/2024, 10:06:44 PM 

Tiada ulasan