Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Masalah sampah yang tular beberapa hari lalu di Kampung Batu 7, Lunas telah selesai dengan baik. ADUN Lunas, YB Khairul Anuar Ramli mengajukan aduan kepada pihak Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) untuk membuat pembersihan sisa pokok dan sampah yang menghalang laluan air di situ. Banteras pencemaran ini menjadi tanggungjawab bersama serta keprihatinan masyarakat untuk tidak membuang sampah atau sisa lain ke dalam sungai. Sungai bukan satu tempat atau jalan mudah untuk penduduk membuang atau melupuskan sampah. YB Khairul merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua MPKK, Dato' Haji Elmi yang memberikan respon dan tindakan kepada aduan yang sampaikan. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/14/2024, 3:30:21 PM 

Tiada ulasan