Header Ads

test

KUNJUNGAN HORMAT DARI GABENOR SONGKHLA


Menteri Besar, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menerima kunjungan hormat daripada Gabenor Songkhla di Wisma Darul Aman, pagi ini. Seramai 27 orang, yang terdiri daripada kepimpinan tertinggi yang diketuai oleh Gabenor Songkhla, Mr. Somnuk Promkeaw. 



Tujuan kunjungan ini ialah untuk mengeratkan lagi hubungan diplomatik serta memperomosikan sektor pelancongan antara negeri Kedah dan Songkhla. 


Turut hadir dalam pertemuan ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Kemiskinan, Pembangunan Insan, YB Dato' Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi, dan Penerangan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Keusahawanan, YB Dato' Mohd Salleh Saidin; Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, dan Sains, Teknologi, dan Inovasi, YB Haim Hilman Abdullah, serta wakil-wakil pegawai Kerajaan Negeri. 

Tiada ulasan