Header Ads

test

PROGRAM MEMBAIK PULIH RUMAH KOMUNITI DUN KUAH



Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kuah membuat serahan atap rumah bagi Program Membaik Pulih Rumah Komuniti DUN Kuah ke rumah Anita Che Lah di Kampung Hujung Penarak, pada Rabu.

Serahan dibuat oleh Pegawai PKWR, Alif Hakimi mewakili ADUN Kuah, Amar Pared Mahamud.

Sebelum ini, pemohon telah hadir ke PKWR untuk membuat permohonan bantuan membaik pulih beberapa bahagian rumah yang telah rosak.

Setelah meneliti dan membuat semakan, pemohon layak menerima bantuan tersebut.

Sebanyak 15 keping atap, dua keping papan simen genting dan 10 batang kayu telah diserahkan.

Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi keselesaan kepada mereka.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA

Tiada ulasan