Header Ads

test

PROJEK PEMASANGAN PAIP DI KAMPUNG TELUK KECHAI, KUALA KEDAH




Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) sedang melaksanakan projek pemasangan paip melalui peruntukan dan pemasangan secara dalaman di Kampung Teluk Kechai, Kuala Kedah.


Kerja-kerja pemasangan paip sepanjang 1 kilometer ini telah bermula pada 12 Mei 2024 dan dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh masa dua hingga tiga minggu. 


Paip baharu yang merupakan jenis High Density Polyethylene (HDPE) ini bersaiz 180 milimeter (diameter) dan ianya akan memberi manfaat kepada 50 akaun pengguna di kawasan sekitar selepas projek ini siap dilaksanakan.

Objektif utama projek ini selain bagi menggantikan paip-paip yang usang dan uzur adalah bagi menyalurkan bekalan air yang stabil kepada pengguna sekali gus dapat meminimakan gangguan bekalan air di seluruh kawasan Kuala Kedah.

SADA terus komited dalam membekalkan air terawat yang mencukupi dan berkualiti kepada para pengguna dan berharap misi SADA untuk mengurangkan kadar peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) di Negeri Kedah dapat dicapai melalui projek-projek seperti ini.

Kredit :Syarikat Air Darul Aman (SADA)

#SADA#SyarikatAirDarulAman

Tiada ulasan