Seramai seribu orang menyertai Majlis Multaqa Agensi Agama Peringkat Daerah Kuala Muda di Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya.
Multaqa itu disertai oleh pegawai masjid, jawatankuasa kariah dan para guru KAFA dari daerah Kuala Muda.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat hadir menyempurnakan majlis itu pagi tadi.
Hadir sama Mantan Pegawai Agama Daerah Kota Setar Dato' Syeikh Ahmad Faisol bin Haji Omar, ADUN Bukit Selambau YB Ustaz Azizan bin Hamzah dan Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri Yazit bagi memeriahkan majlis.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA
Post a Comment