Header Ads

test

TAHUN 2024 FOKUS KEPADA PENGHAYATAN AL-QURAN


TAHUN 2024 FOKUS KEPADA PENGHAYATAN AL-QURAN SUNGAI PETANI - Exco Agama memfokuskan kepada penghayatan al-Quran dan menyuburkan majlis ilmu di seluruh negeri Kedah pada tahun ini. Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, kerajaan negeri telah melancarkan bulan solat dan penghayatan al-Quran pada 8 Januari lalu. Tambahnya lagi, Wisma Darul Aman sudah memulakan bacaan al-quran secara harian setiap pagi. "Kita mengangkat idea ini supaya bacaan al-Quran secara harian dapat dikembangkan di peringkat masjid-masjid di negeri Kedah. "Sultan negeri Kedah juga menyambut baik usaha ini dan memberi galakkan agar program ini memberi manfaat kepada rakyat negeri Kedah," ujarnya lagi. Beliau berkata demikian dalam program Multaqa Agensi Agama Daerah Kuala Muda Tahun 2024M/1445H bertempat di Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya di sini, hari ini. Tambahnya, beliau turut diamanahkan untuk menguruskan bidang tugas yang berkait rapat pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan jelasnya saling berkaitan dengan agama dan pendidikan kerana melahirkan insan yang mempunyai sifat manusiawi tidak hanya bergantung kepada pembangunan materialistik semata-mata malah spiritual dan keilmuan juga penting dalam membentuk manusia. Beliau menzahirkan jutaan penghargaan kepada semua pegawai masjid, jawatankuasa kariah, guru-guru takmir, guru-guru SPI/KAFA dan guru-guru Tadika Islam atas khidmat bakti yang telah diberikan dalam membentuk manusia sedari kecil lagi. "Pastinya tiada insan yang boleh membaca khazanah kitab ilmu agama dengan mendalam tanpa melalui guru-guru yang mengajar di masjid dan surau yang mungkin dipandang sepi oleh sesetengah pihak. "Begitu juga jasa dan pengorbanan pegawai masjid dan jawatankuasa kariah yang tidak pernah penat dalam mentadbir dan mengurus rumah Allah selama ini. Jasa mereka menjaga rumah Allah untuk hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. "Semoga apa yang kita lakukan ini di mana jua kita berada dalam melaksanakan agenda membangunkan manusia, membangunkan Islam dalam negeri ini ikhlas kerana Allah SWT," kata beliau. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/9/2024, 4:05:08 PM 

Tiada ulasan