Header Ads

test

164 Penduduk Gurun Terima Bantuan Beras Sejahtera


 


GURUN - Seramai 164 penerima DUN Gurun terima bantuan Beras Sejahtera di Masjid Al-Falah, Batu 5 dan di Masjid Al-Naim, Batu 9, pada Rabu.  

Penerima bantuan ini melibatkan kawasan Majlis Ketua Kampung (MKK) Bongkok, Batu 5, Kampung Baru Paya Mengkuang, Padang Lembu, Batu 10, Kampung Berjaya, Sungai Perahu dan Kampung Jeniang. 

Program Beras Sejahtera merupakan salah satu inisiatif daripada Kerajaan Negeri Kedah yang diberikan kepada mereka yang memerlukan dalam DUN di negeri Kedah. 

ADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar berkata, sumbangan beras ketika harga beras melambung kini sangat meringankan beban penduduk yang majoritinya tidak mempunyai pendapatan tetap.  

Beliau mengharapkan sumbangan ini dapat meringankan bebanan mereka sekeluarga dan memberi keceriaan dalam menyambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi. 

 “Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan