Header Ads

test

21 ANAK YATIM, ASNAF DUN KUAH TERIMA BANTUAN YURAN SEKOLAH





  

LANGKAWI - Seramai 21 orang anak yatim dan asnaf terima Bantuan Yuran Persekolahan di dalam DUN Kuah.  

Bantuan ini disampaikan oleh Pegawai Khas ADUN Kuah, Faiz Kadir di Pusat Khidmat Komuniti DUN Kuah, semalam.  

ADUN Kuah, YB Amar Pared Mahamud berkata, bantuan ini diberikan kepada anak yatim yang telah dipilih oleh Majlis Ketua Kampung (MKK) di kawasan masing-masing. 

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada MKK yang menjadi mata dan telinga kepada Pusat Khidmat Komuniti DUN Kuah dalam memberi maklumat dan membantu komuniti kampung.  

Beliau mengharapkan pemberian bantuan ini dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka. 

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA

Tiada ulasan