Header Ads

test

8 SEKOLAH SJKC TERIMA PERUNTUKAN


8 SEKOLAH SJKC TERIMA PERUNTUKAN ALOR SETAR - Lapan buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menerima peruntukan RM75,000 bagi fasa pertama. Lapan buah sekolah itu ialah SJKC Boon Teik, Tokai; SJKC Peng Min, Pantai Merdeka; SJKC Aik Chee; SJKC Long Chuan; SJKC Kelang Lama; SJKC Chong Cheng; SJKC Serdang; dan SMJKC Sin Min, Sungai Petani. Menteri Besar, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, peruntukan tersebut telah diumumkan pada Pembentangan Bajet 2024 pada November tahun lalu. "Dulu memang kita sediakan peruntukan ini, tapi diberikan kepada tiga buah sekolah sahaja. "Memang ia membantu tiga buah sekolah ini sahaja, tetapi ada sekolah lain lagi yang memerlukan walaupun tak banyak, tapi ada juga sedikit peruntukan kerajaan untuk diagihkan. "Jadi, saya buat keputusan untuk merakyatkan peruntukan kepada semua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil," katanya ketika hadir pada majlis penyerahan replika cek di Wisma Darul Aman, hari ini. Tambah Muhammad Sanusi, peruntukan itu disalurkan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan agar lebih banyak manfaat diperoleh daripadanya. "Kita beri tumpuan kepada sektor pendidikan, sebab itulah kita memecahkan bantuan tiga sekolah itu kepada lebih banyak sekolah. "Dengan ini, lebih ramai orang dapat merasai kehadiran kerajaan kita pada hari ini," katanya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah -UPDA 6/26/2024, 5:05:53 PM 

Tiada ulasan