ADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar bersama Pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Kontraktor yang dilantik melawat tapak d...
ADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar bersama Pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Kontraktor yang dilantik melawat tapak di Sungai Kampung Batu 5, semalam. Lokasi ini adalah tempat yang kerap berlaku banjir dan menjadi risiko buat penduduk berdekatan. Sungai yang cetek, kecil dan bercabang yang menjadi punca berlakunya banjir di situ. Berikutan itu, sungai ini akan diselenggara dengan melibatkan kerja melebar, mendalam dan membersihkan dalam masa terdekat. YB Baddrol berkata, masalah banjir akan dapat diatasi apabila penyelenggaraan ini siap. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak JPS kerana memudahkan urusan penduduk. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 6/26/2024, 9:27:54 AM
Post a Comment