Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din meluangkan masa meninjau dan beramah mesra dengan Skuad Berbasikal SUKMA Negeri Kedah yang akan ke Sarawak bagi menyertai Cabaran Berbasikal Antarabangsa Bukit Siol (SIMBC 2024) yang akan berlangsung pada 21 hingga 23 Jun ini di Trek Siol MTB, Bukit Siol, Kuching, Sarawak.
SIMBC dijangka disertai oleh 250 hingga 300 pelumba termasuk dari 12 negara Asia seperti Brunei, Taiwan, Timor-Leste, India, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan semua negeri di Malaysia.
Jurulatih, Noor Alfizar turut memberi penerangan berkaitan persiapan pasukan ini bagi menghadapi SUKMA nanti.
Hadir sama Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Kedah, Ku Muhyi Ku Abd Hamid dan Penyelaras Sukan Berbasikal, MSN Kedah, Norzaihana Mohamad Zain.
Semoga kejohanan ini menjadi medan terbaik kepada atlit Berbasikal SUKMA Kedah sebagai persediaan SUKMA nanti kerana Trek Siol MTB juga menjadi lokasi sama untuk penganjuran acara Berbasikal BMX dan Mountain Bike bagi Sukma Sarawak 2024.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment