Header Ads

test




 Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria menerima kunjung hormat daripada Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Kedah, YB Ustaz Nurul Amin Hamid di Wisma Darul Aman. 

Kunjungan tersebut turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Khidmat Malaysia Kedah, Mohamad Shaari serta Pengerusi Khidmat Malaysia Kawasan Pokok Sena, Haji Muhammad Riadzuddin.

Dalam pertemuan itu, pelbagai perkara dibincangkan termasuk kerjasama untuk menghadapi kemungkinan bencana pada masa akan datang serta usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memelihara kelestarian alam sekitar. 

Pertemuan ini mencerminkan usaha berterusan antara pihak kerajaan negeri dan badan-badan sukarelawan dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan masyarakat, serta memastikan langkah-langkah kelestarian alam sekitar diambil dengan serius dan berkesan.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan