Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria dijemput menyertai lawatan kerja Timbalan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA), YB Tuan Akmal Nasrullah Mohd Nasir ke Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Selambau dan Sungai Limau.
Lawatan ini membuktikan keseriusan dan komitmen kerajaan negeri untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan persekutuan dalam memastikan kelancaran projek bekalan air.
Dengan adanya kolaborasi antara kerajaan negeri dan persekutuan, diharapkan projek-projek yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan efisien, sekaligus memberikan manfaat yang optimum kepada penduduk setempat.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment