Header Ads

test




 Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria bersama Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Padang Terap dan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan infrastruktur. 

Antara topik utama yang dibincangkan adalah berkenaan infrastruktur di Taman Eko Rimba Puncak Janing.

YDP Majlis Daerah Padang Terap telah memaklumkan bahawa sebanyak RM2.35 juta peruntukan telah diluluskan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bagi penambahbaikan infrastruktur sedia ada. 

Penambahbaikan yang dirancang termasuk penyediaan sumber elektrik, pembinaan tandas baharu, dan pelbagai kemudahan lain.

 Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan daya tarikan Taman Eko Rimba Puncak Janing sempena Tahun Melawat Kedah, sekaligus menggalakkan lebih ramai pengunjung untuk datang ke kawasan ini.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan