Header Ads

test




 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato’ Hajjah Halimaton Shaadiah Saad menerima kunjungan hormat  Ahli Lembaga Pelawat Rumah Kanak-Kanak Pokok Sena.

Dalam kunjungan itu, beberapa perkara dibincangkan mengenai Program "Semarak Kasih Permata" yang memberi fokus kepada kempen tanggungjawab sosial korporat. 

Ia juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi memenuhi keperluan di rumah kanak-kanak Pokok Sena.

Beliau berharap program yang dirancangkan ini dapat memberi kesedaran kepada semua untuk menzahirkan kecintaan kesedaran dan menyemarakan lagi penyertaan dan penglibatan sektor swasta dan korporat dalam meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan kanak-kanak khususnya di Rumah Kanak-Kanak Pokok Sena.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan