Header Ads

test







 Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar Mansor Zakaria merasmikan Kempen Cintai Alam Sekitar dan Cegah Leptospirosis di Kampung Lalang, semalam.

Penyakit Leptospirosis ini merupakan penyakit berjangkit yang berpunca dari air kencing tikus, haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan haiwan lain seperti lembu dan haiwan liar.

Penyakit  Leptospirosis ini memang diberi perhatian serius oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, kerana sepanjang tahun 2023 sebanyak 267 kes telah dilaporkan dengan kadar insiden sebanyak 12.20 per 100,00 penduduk dan kes ini meningkat berbanding pada tahun 2022 iaitu 10.57 per 100,000 dan 2 kes kematian telah dilaporkan.  

Dengan berlangsungnya program seperti ini di setiap daerah di Negeri Kedah diharapkan akan meningkatkan kefahaman penduduk kampung tentang penyakit leptospirosis dan dapat memupuk minda masyarakat dengan kesedaran tentang pentingnya kitar semula, mengawal, mengurangkan pencemaran dan memupuk cintakan alam semulajadi.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan