Header Ads

test

KEDAH IKTIRAF E-SUKAN BERTARAF GLOBAL




ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah mengiktiraf arena e-sukan sebagai satu bentuk sukan kompetitif di peringkat global.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din ianya berikutan fenomena sukan elektronik atau e-sukan yang menjadi kegilaan rata-rata remaja di Malaysia dilihat semakin berkembang pesat seiring dengan kebangkitan bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

Oleh itu, kerajaan mahu golongan muda ini dipupuk dan diberi bimbingan untuk diketengah serta bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"Dahulu, masyarakat beranggapan bahawa sukan elektronik tidak mendatangkan faedah kerana permainan ini membuang masa dan melalaikan golongan muda sehingga mengabaikan pelajaran. 

"Persepsi negatif terhadap bidang ini seharusnya diubah memandangkan e-sukan telah diiktiraf pada peringkat global dan terbukti memberikan banyak faedah kepada para pemainnya," ujarnya dalam Majlis Perasmian Penutup Kedah E-sukan bertempat di Dewan Seri Mentaloon di sini, hari ini.

Penganjuran program itu yang julung kali diadakan di negeri Kedah mendapat sambutan hangan dengan 580 penyertaan.

Katanya, e-sukan mempunyai kesan positif terhadap kesihatan mental dan membantu mengelakkan masalah mental yang serius.

Jelas beliau lagi, e-sukan yang sihat boleh membantu masalah mental dengan memberikan seseorang aktiviti yang menyeronokkan dan mengurangkan tekanan. 

Tambahnya, e-sukan juga sering menggunakan perisian dan teknologi terkini yang boleh membantu pemain mempelajari kemahiran yang berguna untuk industri 4.0. 

"Banyak perusahaan teknologi sedang mengembangkan alat dan perisian baru untuk digunakan dalam pertandingan e-sport, yang boleh menyokong pertumbuhan industri 4.0. 

"Hal ini secara tidak langsung menjadikan sukan ini sebagai platform untuk memacu negara ke arah yang lebih maju dalam mengharungi Revolusi Industri 4.0 yang berteraskan teknologi," kata beliau.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan