KEDAH KE ARAH NEGERI HIJAU, BERSIH, SEJAHTERA
KEDAH KE ARAH NEGERI HIJAU, BERSIH, SEJAHTERA PADANG TERAP - Karnival Alam Sekitar, Kedah Sejahtera Lestari Bersama 2024 dianjurkan selari usaha kerajaan negeri menjadikan negeri Kedah ke arah yang lebih hijau, bersih dan sejahtera. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria, objektif program ini adalah untuk meningkatkan peranan, kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat dalam usaha terhadap pemeliharaan alam sekitar. Tambahnya lagi, program ini juga untuk meningkatkan pengetahuan dan informasi komuniti setempat mengenai ancaman sekiranya ekosistem alam dirosakkan. "Kita juga perlu menjadikan negeri Kedah sebagai contoh sebuah negeri paling hijau serta terbersih di Malaysia," katanya dalam Majlis Perasmian Karnival Alam Sekitar, Kedah Sejahtera Lestari Bersama 2024 bertempat di perkarangan Masjid Sementara Al-Hidayah, Naka. Jelasnya, kelestarian alam sekitar amat penting dalam ekosistem kehidupan semua makhluk di atas muka bumi ini. Kata beliau, kefahamanan kepada masyarakat akan pentingnya pemeliharaan alam sekitar perlu dilakukan sentiasa agar mereka sedar kesan dan akibatnya jika berlaku kerosakan ke atas bumi. "Hakikatnya keseimbangan alam sekitar dan ekosistem memberi kesan ketara kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup dan ia mestilah selari dengan kemajuan negari serta kemakmuran dikecapi," ujarnya. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 6/28/2024, 7:05:18 PM
Post a Comment