Header Ads

test


 "Allahuakhbar..anak ku.."

Jiwa seorang ayah bagai dipanah saat mendapat tahu anak yang sedang belajar di UITM Jasin meninggal dunia dalam kemalangan.

Mohamad Hakimi Naseer maut dalam kemalangan ketika menuju ke kuliah.

ADUN Kupang, YB Brigediar Jeneral Dato' Haji Najmi Haji Ahmad menziarahi ayahnya, Ustaz Naseer Jamaluddin di Taman Berjaya, baru-baru ini.

Beliau adalah imam Masjid Binjul Luar. 

Ustaz Naseer sangat tabah dengan ujian menimpa. Tenang dan sangat sabar.

Dato' Najmi mendoakan agar keluarga ini tabah dan menerima ganjaran pahala besar di atas ujian berat ini. 

Semoga Allahyarham dimasukkan bersama ahli Jannah Firdausi. Insya Allah.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan