Zulhijjah merupakan bulan yang sangat istimewa dan mempunyai banyak kelebihan, terutamanya pada 10 hari awal pada bulan tersebut.
Diriwayatkan dalam Sahih Ibn Hibban, daripada Jabir, Baginda SAW bersabda:
ما مِن أيَّامٍ أفضلُ عندَ اللهِ مِن أيَّامِ عشْرِ من ذي الحجَّةِ
Maksudnya: “Tidak ada hari-hari yang lebih utama di sisi Allah daripada 10 hari terawal di bulan Zulhijjah.” ( Riwayat Ibnu Hibban)
Antara amalan yang boleh dilipatgandakan pada 10 hari awal Zulhijjah adalah:
1. Berpuasa sunat di siang hari
2. Beribadah di malam hari (Qiamullail)
3. Perbanyakkan solat sunat
4. Berbuat baik kepada ibu bapa
Jangan lepaskan peluang untuk berpuasa pada 10 awal Zulhijjah kerana terdapat banyak fadhilat yang boleh diperolehi.
▶️ Niat Puasa Sunat Zulhijjah (1-7 Zulhijjah)
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ ذِيْ الْحِجَّةِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku puasa sunat di bulan Zulhijjah kerana Allah Ta’ala”
▶️ Niat Puasa Sunat Tarwiyah (8 Zulhijjah)
نَوَيْتُ صَوْمَ تَرْوِيَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku niat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Ta’ala”
▶️ Niat Puasa Sunat Hari Arafah (9 Zulhijjah)
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku niat puasa sunat hari Arafah kerana Allah Ta’ala”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA
Post a Comment