Header Ads

test




 Silat merupakan seni tempur mempertahankan diri alam Melayu turun temurun.

Seni warisan ini menggunakan langkah dan jurus untuk menangkis serangan atau menyerang sama ada dengan atau tanpa senjata. 

Kewujudan asal-usulnya sedari zaman awal tamadun Melayu dan semakin berkembang sehingga hari ini.

ADUN Belantek, YB Haji Ahmad Sulaiman merasmikan Majlis Ujian Bengkung Silat Gayung Singa Berantai, baru-baru ini. 

Majlis ini merupakan anjuran Persatuan Seni Silat Gayung Singa Berantai Warisan Almarhum Bapak Guru Haji Che Hassan bin Haji Salleh Cawangan Telaga Batu.

Acara yang diadakan di Gelanggang Silat Kampung Telaga Batu itu dihadiri lebih 30 orang ahli. 

Penonton juga turut disajikan dengan persembahan silat yang sangat memukau melalui bunga tarinya.

Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.

Semoga seni silat alam Melayu akan terus subur mekar untuk generasi mendatang.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan