Header Ads

test

Pegawai Khas Ahli Parlimen Baling, Hashimi Haji Mat Isa menyantuni seorang ibu tunggal, Rohani Jusoh di Kampung Seratus, pada Sa...


Pegawai Khas Ahli Parlimen Baling, Hashimi Haji Mat Isa menyantuni seorang ibu tunggal, Rohani Jusoh di Kampung Seratus, pada Sabtu. Ketika ditemui, Rohani menahan sebak menceritakan kesusahan yang dialami beliau sekeluarga. Katanya, status rumahnya di atas tanah rizab sungai menyukarkan beliau menerima bantuan kerajaan untuk membaik pulih rumahnya yang uzur. Beliau yang hanya bekerja sebagai tukang bersih sayur di kebun Cina hanya menerima 25 ringgit sehari. Dimaklumkan, pihak Penghulu Mukim Bakai berusaha mendapatkan sumbangan daripada pihak kerajaan tetapi disebabkan status tanah rizab sungai, pihak berwajib tidak dapat membantu menyalurkan bantuan. Berikutan itu, pihak Pusat Khidmat Ahli Parlimen Baling cuba membantu Rohani untuk mendapatkan mana-mana pihak yang dapat membantu membaik pulih rumahnya. Hadir sama, Pengerusi MKK Kampung Seratus, Che Riduan Yusof. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 6/9/2024, 11:15:39 AM 

Tiada ulasan