Header Ads

test






Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Peringkat Negeri Kedah (MPKN) Bil 1/2024 di Wisma Darul Aman. 

Mesyuarat tersebut membincangkan hala tuju serta perancangan koperasi dalam melaksanakan gerak kerja dan mengaktifkan Koperasi yang berdaftar agar bergerak maju disamping membantu kerajaan negeri dalam merealisasikan Tahun Melawat Kedah 2025.

Turut bersama Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kedah, Norzila Nanyan; Penolong Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Juwaidi Mahmood; Ketua-ketua Jabatan Agensi Kerajaan dan Negeri serta wakil-wakil koperasi.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan