Header Ads

test

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Gh...


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali hadir merasmikan Program Kemampanan Komuniti Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim 2024: Karnival Kerjaya KHTP. Beliau berharap agar program seperti ini akan mendapat lebih banyak penyertaan aktif daripada pelbagai pihak, sekaligus memberikan motivasi tambahan untuk penganjuran program yang lebih banyak pada masa hadapan. "Saya berharap agar pencari kerja dapat mempertingkatkan kemahiran mereka, mengenali kekuatan diri, dan seterusnya merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan. "Majikan pula diharap dapat memberi peluang kepada bakat-bakat tempatan dan menyediakan program latihan yang relevan untuk pembangunan pekerja mereka," ujar beliau. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 6/10/2024, 5:31:05 PM 

Tiada ulasan