Header Ads

test

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani bersama Pengerusi Jawatankuasa Ke...


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf Haji Zakaria hadir dalam taklimat berkaitan Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembentungan Kota Setar di Jabatan Perkhidmatan Pembentung, Alor Setar pagi tadi. Usai taklimat, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani dibawa untuk meninjau perkembangan projek tersebut. Projek ini merangkumi pembinaan loji rawatan kumbahan yang berkapasiti 100,000 PE serta pemasangan rangkaian paip pembentungan sepanjang 22.9 kilometer, bermula dari sub tadahan Derga, Kota Setar dan Alor Malai. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan sistem pengurusan air kumbahan dan sekaligus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan komuniti setempat. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 6/24/2024, 3:01:05 PM 

Tiada ulasan