Header Ads

test

PENYASARAN SUBSIDI DIESEL BERI KESAN KEPADA PESAWAH


PENYASARAN SUBSIDI DIESEL BERI KESAN KEPADA PESAWAH ALOR SETAR - Penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun lalu memberi memberi kesan yang ketara kepada kos operasi pesawah. Menteri Besar, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata peningkatan kos operasi itu termasuk proses pembajakan dan penuaian padi. Jelas beliau, kos pembajakan dan penuaian tidak termasuk dalam penyasaran subsidi diesel. Sanusi berkata demikian kepada media pada sidang akhbar di Wisma Darul Aman pada Rabu. Kadar upah sebelum kenaikan bahan api menurut beliau adalah RM1,545.25 setiap hektar berbanding kadar upah baharu adalah RM2,534.21 setiap hektar. "Ia akan mengheret kepada kenaikan kos pesawah iaitu kos upah bajak sebanyak tiga pusingan dan upah menuai," ujarnya. Pada masa yang sama, beliau berkata kenaikan harga diesel serta subsidi bersasar tidak dikaji dengan teliti kerana kebanyakan pesawah terdiri daripada golongan miskin. "Jika kumpulan paling miskin ini tidak diambil kira atau diperincikan, di mana yang dikatakan usaha kerajaan untuk menolong orang susah kerana golongan ini tidak termasuk di dalam kumpulan penerima subsidi itu," katanya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah -UPDA 6/12/2024, 9:28:14 PM 

Tiada ulasan