Header Ads

test

Permohonan bantuan kerusi roda oleh Puan Yusmini di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Jeneri mendapat perhatian daripada Menteri Besar,...


Permohonan bantuan kerusi roda oleh Puan Yusmini di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Jeneri mendapat perhatian daripada Menteri Besar, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Pegawai Khas ADUN Jeneri, Ustaz Mohd Rizal Mat Zainol, mewakili YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor menziarahi dan menyampaikan Bantuan Kerusi Roda kepada Puan Yusmini di Kampung Sungai Setar, Mukim Jeneri. Puan Yusmini binti Osman, 46, menghidap penyakit kencing manis dan beberapa jari kakinya sebelah kanan telah dipotong serta menjalani rawatan pembedahan. Hadir sama ialah Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Sungai Setar, Othman Saad. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #adunjeneri -UPDA 6/25/2024, 12:30:12 PM 

Tiada ulasan