Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Kasih ibu sampai ke syurga. Inilah ungkapan yang dapat digambarkan melihat pengorbanan seorang ibu, Hasiah Hussein, 59, dari Kampung Charok Kapas yang tabah menjaga seorang anak OKU dari baru lahir hinggalah ke saat ini. Anaknya, Mohammad Fitri Abdul Malik yang sudah berusia 30 tahun perlu dijaga umpama kanak-kanak kerana penyakit sawan yang dihadapi sejak berusia sebulan. Selain hanya makan bubur nasi, Fitri juga bergantung kepada susu khas. ADUN Kupang, YB Brigediar Jeneral Dato' Haji Najmi Haji Ahmad bersama isteri, Che Nuha Che Md Isa yang mewakili Pertubuhan Isteri Wakil-Wakil Rakyat dan Isteri Pegawai Khas MB Kedah (PIKAT) hadir menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Mohammad Fitri. Diharapkan, kerusi roda sumbangan PIKAT ini dapatlah membantu ibunya menguruskan pergerakan anak. Buat ibu dan ayah anak syurga ini, teruskanlah berbakti menjaga amanah Allah. Insha Allah di syurga kelak anak inilah yang akan menyambut tangan kedua orang tuanya. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 6/9/2024, 9:54:05 AM 

Tiada ulasan