Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


RM74,000 TELAH DILULUSKAN UNTUK BANTUAN SEJAHTERA PESAKIT TERLANTAR Sebanyak 152 borang permohonan telah diterima dari setiap daerah dan 148 permohonan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT) bagi bulan Jun 2024 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM74,000.00. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah Saad berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT) Negeri Kedah Bil 2/2024 di Wisma Darul Aman. Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar ini disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah di bawah Portfolio Jawatankuasa Kebajikan Negeri Kedah dengan menyediakan Bantuan Kewangan Berjumlah RM500 sekaligus kepada setiap pesakit kronik, penjaga kepada pesakit kronik, pesakit kronik terlantar atau pesakit kronik OKU terlantar. Syarat pemohonan: 1. Mestilah warga negara Malaysia bermastautin di Negeri Kedah 2. Pesakit kronik atau pesakit kronik terlantar iaitu sakit yang berkekalan 3. Terlantar iaitu boleh diubati atau dipulihkan dan memerlukan rawatan susulan namun menjejaskan mata pencarian atau pengawasan berterusan. Dokumen yang diperlukan: 1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon 2. Laporan perubatan 3. Salinan Bil Utiliti seperti air/ elektrik 4. Penyatan Akaun Bank terkini 5. Gambar berwarna pemohon /pesakit. Borang Permohonan boleh didapati di semua Pejabat JKM Daerah, Pejabat Penghulu Mukim atau Semua Pusat Khidmat Wakil Rakyat atau Penyelaras Dun. Mereka yang mempunyai kriteria seperti dinyatakan boleh memohon bagi meringankan bebanan golongan sasar ini. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 6/26/2024, 10:28:18 AM 

Tiada ulasan