Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen mengadakan perjumpaan penyelarasan antara pihak berkepentingan dan Kuil Sungai Seluang di Pejabat Daerah dan Tanah Kulim. Hasil daripada perbincangan yang diperoleh, pihak kuil bersetuju untuk berpindah ke lot baharu yang berdekatan, bukannya lot yang ditawarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kulim. Langkah seterusnya adalah mematuhi prosedur dan upacara pemindahan. Beliau turut dimaklumkan pihak kuil akan menganjurkan upacara sembahyang secara besar-besaran sebelum pemindahan. Diharapkan mesyuarat penyelarasan dapat memberikan manfaat dan mencapai situasi "win-win" kepada semua pihak. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 6/9/2024, 5:30:37 PM 

Tiada ulasan